Rabu, Disember 29, 2010

5 PANTAI PALING BAHAYA DI DUNIA

1) Shired Island
Terletak di Florida USA dan tersenarai sebagai pantai paling tercemar di Florida. Kalau mandi kat sini siap2 la jmpa doktor sebab lepas tu kemungkinan akan dapat gatal2 kat kulit, meningitis, hepatitis dan cirit-birit.



2) Hanakapiai Beach
Terletak di Kuai Hawaii, pantai ni memang cantik tapi jangan terpesona dengan kecantikan pantai dia sebab ini adalah perangkap maut. Sehingga hari ni, seramai 82 orang dah mati kerana ombak yang kuat.



3) Gulf Coast
Pantai ni menjadi tmpat tinggal 20 ular berbisa di USA yang boleh membunuh manusia dewasa hanya dalam masa 2 jam. Kalo nak mandi jugak, siap2 la kereta untuk ke hospital terdekat dalam masa 2 jam, he3...



4) Amazon Beaches
Menjadi tempat tinggal haiwan2 pemangsa termasuk ikan piranha sebab tu kalo nk gerak pon kna hati2. Disarankan jangan mndi kt pantai nie pd musim kemarau sebab ikan2 piranha tu memang lapar tahap gaban.



5) Bolinas Beach, Calif.
Kalo berani sangat nak mandi kt sini, kena ingat 3 perkara:
1) Jangan mandi waktu malam
2) Jangan pakai barang2 kemas yang bersinar
3) Jangan mandi waktu ada luka2 kt badan. Sebabnya ada beberapa ekor jerung memag selalu ronda2 kt sini.

Khamis, Disember 16, 2010

MOTOSIKAL TERBESAR DI DUNIA













MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA

Di mana anda boleh mendapatkan makanan termahal di dunia? Di Amerika, Perancis, Belanda, atau London? Bukan. Jawapannya ialah di Sri Lanka, salah satu negeri termiskin di dunia. Resor The Fortress di negara itu mendakwa menyediakan makanan termahal di dunia. Harganya mencapai USD14,000 atau sekitar RM43,940 sehidangan.


Anda mau tahu makanannya seperti apa? Makanan itu berupa gula-gula berisi buah yang dihiasi patung nelayan berbahan cokelat dan batu permata raksasa. Pengurus Humas The Fortress Shalini Perera, seperti yg ditulis AP, Selasa (25/09/2010), mengatakan, makanan yang dipanggil The Fortress Stilt Fisherman Indulgence itu diciptakan untuk memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung resort tersebut.


Perera menambah, menu mahal itu harus dipesan pengunjung secara khusus. Dia mengaku, sejauh ini pihaknya telah menerima banyak telefon yang menanyakan makanan tersebut, termasuk telefon dari Jepun. Namun, hingga kini belum ada seorang pun yang mahu menghambur-hamburkan wang untuk mencuba menu mahal itu.


Isnin, Disember 13, 2010

DILARANG MENGHIDUPKAN PENGHAWA DINGIN SEBAIK MENAIKI KERETA

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Sabtu, Disember 11, 2010

TEMPAT-TEMPAT YANG 'TER' DI DUNIA



TEMPAT TERSEJUK DI DUNIA



Antartika merangkumi enam benua paling besar di dunia yang mempunyai area sangat luas iaitu sekitar 14 juta km² yang sebahagian besar diliputi oleh ais (98%).


TEMPAT TERPANAS DI DUNIA



Tempat paling panas di dunia ialah Gurun Sahara. Gurun Sahara terletak di bahagian utara benua Afrika mempunyai keluasan 9 juta km² dan merupakan gurun pasir terluas di dunia.


TEMPAT TERTINGGI DI DUNIA



Pegunungan Mount Everest atau biasanya disebut sebagai Sagamatha merupakan puncak tertinggi di dunia. Tingginya sekitar 8,850 meter atau 29,035 kaki dari aras laut. Nama Sir George Everest merupakan nama yang di pakai untuk puncak tersebut sebagai tanda penghormatan. Puncak ini membentang antara Sagarmatha Nepal hingga Tibet di China.


SUNGAI TERPANJANG DI DUNIA



Sungai Nill merupakan sungai paling panjang di dunia, sungai ini melalui 9 negara di benua Afrika. Aliran sungai Nil dibagi dua iaitu Sungai Nil Putih (The White Nile) dan Sungai Nil Biru (The Blue Nile). Pada awalnya sungai Nil Putih ini merupakan aliran dari danau victoria, Uganda kemudian mengalir sampai ke Sudan dan Mesir. Sedangkan Sungai Nil Biru bermula dari Danau Tana, Ethiopia dan mengalir hingga ke Zaire, Kenya,Rwanda,Tanzania dan Burundi. Sungai Nil ini mempunyai panjang sekitar 5,584 km atau 3,470 batu.


BATU KARANG TERBESAR DI DUNIA



Barrier Reef merupakan batu karang yang paling besar di dunia yang terdiri dari 3,000 jenis individu batuan karang kecil dan 900 yang berbentuk pulau-pulau kecil. Barrier Reef ini terletak di lautan Australia yang mempunyai panjang 2,600 km dan mempunyai luas sekitar 344,400 km².


GUNUNG AKTIF PALING BAHAYA DI DUNIA



Gunung Kilauea merupakan gunung yang berada di kepulauan Hawaii. Apabila tiba masanya meletus gunung ini mengeluarkan 90% lavanya yang panas.

KAYUH BASIKAL KE MEKAH

Nathim Cairncross (28) dan Imtiyaz Ahmad Haron (25) dari Cape Town Afrika Selatan, berbasikal dari rumah mereka ke Kota Mekah. Secara total mereka berkayuh selama 9 bulan merentasi 12 negara dan 2 benua untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini.



Segalanya bermula 7 Febuari yang lalu di Cape Town dan berakhir Oktober lalu, 3 minggu sebelum bermulanya musim haji. Sepanjang perjalanan pelbagai pahit getir mereka tempuhi. Antaranya kerosakan basikan dan masalah bahasa ketika melintasi benua Afrika. Namun begitu mereka bersyukur kerana kemana sahaja mereka pergi, bantuan dari saudara seagama datang mencurah-curah. Apabila tiba disesuatu lokasi mereka pada asalnya becadang untuk tidur di masjid dan surau. Most of the time apabila mereka menceritakan niat mereka, ramai memberikan tempat tinggal dan makanan kepada mereka secara percuma! Urusan visa dan melintasi sempadan negara juga dipermudahkan kerana ramai pihak berwajib cukup kagum dengan apa yang mereka ingin lakukan.


Nathim dan Imtiaz kini sedang menunaikan fardu haji. Selesai musim haji kelak mereka masih tak tahu bagaimana ingin pulang ke tanah air. Pelan asalnya ialah menjual basikal yang ditunggani mereka. Jika korang tersentuh dengan cerita mereka berdua ini dan ingin membantu sila lawati laman FACEBOOK mereka disini.





10 KEANEHAN MANUSIA DI ASIA YANG MENGEJUTKAN DUNIA

1. The Horny Grandma [CHINA]



Granny Zhao ada seorang wanita tua dari Zhanjiang yang menjadi terkenal kerana 'tanduk' tumbuh di dahinya.


2. The Over-Sized Fingers [CHINA]



Liu Hau dari Jiangsu China memiliki tangan kiri sebegini sejak lahir lagi. Ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah yang aneh dan tumbuh membesar tidak terkawal. Kondisi ini disebut macrodactyly. Pada tahun 2007, beliau menjalani pembedahan tangannya di hospital Shanghai. Dari operasi pembedahan itu, doktor membuang 5.1 Kg daging dan tulang.


3. The Tree-Trunk Leg [CHINA]



Chen Zongtao memiliki kaki kanan yang sebenar 150paun / 75kg. Doktor mengatakan bahwa dia menderitai penyakit neurofibroma, sejenis tumor. Tidak diketahui samaada Chen sudah dibedah atau belum..


4. The Chinese Elephant Man [CHINA]



Huang Chuncais popular dengan gelaran ‘Chinese Elephant Man. Tumor seberat 15 kg telah menarik kulit wajahnya sehingga kelihatan sangat aneh. Ini membuat Huang sangat menderita, beliau akan melepasi masa makannya dengan begitu susah payah. Doktor di Fuda Cancer Hospital di GhuangZhou menawarkan utk menjalankan pembedahan percuma kepada beliau. Gambar di atas diambil selepas pembedahan kedua.


5. The Man With A Twin [INDIA]



Awalnya warga di Nagpur mengesyaki Sanju Bhagat yang perutnya membuncit tidak normal adalah kerana beliau seorang penagih alkohol yang serius. Petani yang berusia 36 tahun itu mengesyaki sesuatu pada perutnya, lalu beliau menjalankan pemeriksaan doktor. Doktor mengesahkan terdapat parasit kembar Bhagat didalam perutnya yang berjantina lelaki. Atas pengaruh kembarnya, nafsu makan Bhagat lebih kuat dibandingkan dgn orang yang normal.


6. The Human Octopus [INDIA]



Laksmi Tatm dilahirkan cacat dgn bertangan 4 dan berkaki 4. Penduduk percaya bahwa Laksmi adalah penjelmaan Dewi Laksmi, iaitu salah satu yang dipuja oleh pengikut Hindu. Pada usia 2 tahun, Laksmi menjalani pembedahan mengasingkan parasit kembarnya. Kini, Laksmi seorang yang cantik dengan bertangan 2 dan berkaki 2 seperti orang normal.


7. The Tree Man [INDONESIA]



Laki-laki Pohon Indonesia yang dikenali sebagai Dede menderita kerana gabungan Human Papilloma Virus (HPV) dan mengganggu genetik. Pertumbuhan kutil yang terus menerus sudah mengambil-alih sebahagian tubuhnya. Akibatnya ia mendapat ejekan dari banyak orang, bahkan sampai kehilangan pekerjaannya. Akhirnya pertolongan pun datang, Dede yang telah memiliki dua anak ini pun menjalani pembedahan di Hospital Hasan Sadikin Bandung dengan kos ditanggung oleh kerajaan.


8. The Gigantic Face [VIETNAM]



Lai Ti Dao adalah seorang gadis kecil yang menderita penyakit tumor Schwannoma, yang awalnya hanyalah sebuah benjolan biasa di kerongkongannya. Namun benjolan ini kemudian membesar dan nyaris membunuhnya. Beliau diterbangkan ke Miami Amerika. Di sana dia menjalani pembedahan selama 10 jam, dan doktor membuang 10 paun tumor.


9. The Conehead [VIETNAM]



Nguyen Xuan Minh berusia 5 tahun ketika gambar ini diambil di Tu Du Hospital 2005. Dipercayai kanak2 ini mangsa radiasi yang dihasilkan dari perang Amerika - Vietnam.


10. The Stunted Fingers [VIETNAM]



Le Thi Hoa adalah salah seorang anak cacat yang juga dikatakan sebagai mangsa radiasi kimia perang. Sejak dilahirkan beliau memiliki jari2 yang sangat kerdil. Namun, dia tidak pernah berhenti menulis dengan "gaya tulisan tangan yang sangat baik."

10 MOVIE PALING MAHAL


1. Pirates of the Carribean: At World’s End

BUDGET : USD 300+ JUTA
KUTIPAN :USD 961 JUTA

2. Spider-Man 3

BUDGET : USD 258 JUTA
KUTIPAN :USD 890 JUTA

3. Quantum of Solace

BUDGET : USD 230 JUTA

4. Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest

BUDGET : USD 225 JUTA

5. X-Men: The Last Stand

BUDGET : USD 210 JUTA
KUTIPAN :USD 460 JUTA

6. King Kong 2005

BUDGET : USD 207 JUTA

7. Superman Returns

BUDGET : USD 204 JUTA
KUTIPAN :USD 390 JUTA

8. Chronicles of Narnia: Prince Caspian

BUDGET : USD 200 JUTA
KUTIPAN :USD 240 JUTA

9. Terminator 3: Rise of the Machines

BUDGET : USD 200 JUTA
KUTIPAN :USD 430 JUTA

10. Titanic

BUDGET : USD 200 JUTA
KUTIPAN :USD 2 BILLION

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)