SAND CATS
Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.
Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman’s tortoise atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.

SEA OTTER
Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Mengapakah mereka tergamak nak membunuh haiwan secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi Sea Otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

FENNEC FOX
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

Mexican Axolotl
Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?

PIKA
Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation (WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.

MANDARIN DUCK
Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berbagai warna manakala betina hanya berwarna plain yang membosankan. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang kurang sedap.

SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat menarik iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.

BELUGA WHALE
Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

BLACK FOOTED FERRET
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.

GRAY GENTLE LEMUR
Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang ni. Ingat King Julian? Bukannya serupa tapi berasal daripada keluarga beruk-beruk yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi kalau tak di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.

HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

Matschie’s Tree Kangaroo
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada

dalam ambang kepupusan.
Iberian Lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.

GIANT PANDA
Spesis
menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman
kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini menjadi logo
mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar.
Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu
untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat
liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini
untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan
latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan diri mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan