Isnin, Julai 01, 2013

ANIMATED G.I.F














MASJID BERKUASA SOLAR DI PRISTINA KOSOVO

Masjid berbentuk sfera berkuasa solar ini ialah rekaan firma Itali Paolo Venturella. Rekaan sfera dipilih kerana ia akan mengoptimasikan dedahan panel solar kepada cahaya matahari sepanjang hari. Ruang solat berbentuk bulat juga membahagikan kawasan solat utama kepada dua. Ruang solat pertama digunakan pada hari biasa sementara ruang solat kedua yang lebih besar digunakan pada hari jumaat. Panel dinding juga boleh dibuka bagi pengudaraan dan pencahayaan semula jadi

LAMBORGHINI EGOISTA



Sempena ulang tahun ke 50, Lamborghini telah melancarkan Egoista, sebuah kereta konsep untuk meraikannya. Egoista yang bermaksud “selfish” telah diilhamkan daripada helikopter Apache dan mempunyai rangka aluminium dan fiber karbon. Egoista hanya boleh digunakan oleh seorang pemandu sahaja.



Lamborghini Egoiesta dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang digunakan di dalam Lamborghini Gallardo. Sekali tengok, memang rekaan Egoista sangat unik dan mampu memikat hati para jutawan seluruh dunia sekiranya dibuka untuk jualan.










Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)