Rabu, Mac 16, 2011

PADANG PASIR=OASIS

The Sahara Project ialah sebuah projek yang bakal merubah gurun Sahara menjadi bumi hijau. Ini dilakukan dengan penujuan semula (repurposing) kawasan gurun sebagai kawasan pertanian. Ianya bakal dilakukan dengan menggunakan teknologi rumah hijau dan tenaga solar. Ada beberapa kebaikkan projek Sahara disini. Pertama sekali tidak berlaku kemusnahan hutan untuk membina kawasan pertanian seperti yang berlaku dinegara kita. Sebaliknya kawasan tandus yang terbiar bakal dipenuhi tumbuhan hijau. Oleh kerana projek ini bakal dimulakan di Jordan, terdapat banyak kawasan gurun yang boleh diguna serta bekalan matahari yang konsisten sepanjang tahun.



Keduanya air untuk rumah hijau diambil dari air laut yang dipanaskan menggunakan 100% sistem solar. Penggunaan bahan api fosil adalah minumum. Secara keseulurahannya bekalan makanan untuk keperluan masa depan boleh dihasilakan tanpa meninggalkan impak yang besar terhadap alam sekitar.

Projek ini ialah ilham Michael Pawlyn, Bill Watts dan Charlie Paton. Sebuah kawasan seluas200 000 meter persegi di Aqaba, Jordan telah dipilih sebagai pusat demonstrasi projek ini. Sekiranya berjaya sebidang lagi tanah seluas 2 juta meter persegi telah diperuntukkan bagi projek skala penuh. The Sahara Projek ialah projek usahasama kerajaan Jordan dan Norway. Sekiranya tiada aral melintang ianya bakal beroperasi pada tahun 2012.

Sumber-Inhabitat

MASJID MODEN DI TURKI

Masjid rekaan Manco Architects (Sebuah firma senibina TURKI) di Kayseri Turki.

Ianya diilhamkan oleh bentuk Kaabah. Selain daripada itu ianya bakal menggunakan nantural lighthing untuk mencerahi ruang solat.





Sumber-Blog Serius

TEMPAT TIDUR DI KAWASAN AWAM

Arch Group, sebuah firma senibina dari Russia baru-baru memperkenalkan konsep Sleepboxmereka. Sleepbox ialah seperti cubehotel di Jepun cuma besar sedikit. Tujuaan Sleepbox direka ialah bagi memberi penumpang di lapangan terbang, stesen keretapi atau bas ruang untuk tidur sementara menunggu ketibaan pesawat/keretapi/bas mereka. Ketika ini ramai komuter terpaksa tidur diatas kerusi di terminal pengangkutan awam sementara menunggu beberapa jam untuk giliran mereka untuk berangkat. Dari personal experience aku ini adalalah benda yang annoying terutama kalau kita ada lay over selama beberapa jam. Flight pukul 6 petang tapi kita dah di airport pukul 12. Nak tunggu connecting flight lama lagi. Nak sewa hotel MAHAL PULAK. Maka sleepbox membenarkan orang ramai tidur dan "menyewa" bilik kecil untuk beberapa jam. Tiada lah lagi kita nampak orang tidur atas kerusi nampak macam homeless di lapangan terbang.

Sleepbox juga bakal dilengkapi TV dan WIFI.




Sumber-Don'tPanic

SENGGAMA MINDA

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)