BANDAR YANG DITENGGELAMI AIR SELAMA 25 TAHUN
Pada tahun 1920-an, sebuah perkampungan pelancongan dinamakan Villa
Epecuen didirikan di sepanjang pantai Lago Epecuen, iaitu sebuah tasik
garam yang terletak kira-kira 600 kilometer di barat daya Buenos Aires,
Argentina. Lago Epecuen adalah seperti kebanyakan tasik gunung yang
lain, kecuali satu perbezaan yang penting - ia mempunyai tahap garam
kedua tertinggi selepas Laut Mati, dan sepuluh kali lebih tinggi
daripada mana-mana lautan.
Kuasa terapeutik Lago Epecuen telah menjadi terkenal selama beberapa
abad. Dikatakan bahawa Epecuen - atau "musim bunga yang kekal" - boleh
mengubati kemurungan, penyakit sendi, penyakit kulit, anemia, juga
merawat penyakit kencing manis.
Menjelang lewat abad ke-19, penduduk dan pengunjung pertama mula tiba di
Villa Epecuen dan mendirikan khemah di sepanjang pantai. Villa Epecuen
berubah dari kampung gunung yang lengang kepada sebuah resort
pelancongan yang sibuk. Kampung itu kemudiannya mempunyai landasan
kereta api menghubungkan ke Buenos Aires.
Tidak lama kemudian, ia menarik kedatangan pelancong dari seluruh
Amerika Selatan dan Dunia. Dikatakan pada tahun 1960, seramai 25,000
orang datang setiap tahun untuk berendam di dalam air garam yang
menenangkan. Penduduk di pekan ini memuncak pada tahun 1970-an dengan
lebih daripada 5,000 orang. Hampir 300 perniagaan berkembang pesat,
termasuk hotel, asrama, spa, kedai-kedai, dan muzium.
Pada masa yang sama, satu acara cuaca jangka panjang telah melimpahkan
hujan jauh lebih banyak daripada biasa ke kawasan bukit-bukit sekitar
selama bertahun-tahun, dan Lago Epecuen mula tenggelam.
Pada 10 November 1985 jumlah yang besar air melimpah melalui batu dan
empangan dan membanjiri banyak bandar sedalam empat kaki air. Pada tahun
1993, banjir yang berlanjutan terus meneggelamkan bandar itu sehingga
kedalaman 10 meter air.
Hampir 25 tahun kemudian, pada tahun 2009, keadaan cuaca basah beransur
reda dan air mula surut. Villa Epecuen mula kembali ke permukaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan