Jumaat, Julai 12, 2013

BAS PERSIARAN BERTEMAKAN KAPAL ANGKASA DI JEPUN

Star Fighter Tour ialah idea bernas Willer Express yang berpengkalan di Jepun yang pastinya akan mengubah semua ini. Star Fighter mempunyai hiasan dalaman seperti sebuah kapal angkasa. Sepanjang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain anda akan merasakan anda sedang mengembara di angkasa lepas. Apa yang menarik adalah bas ini tidak mempunyai tingkap dan jika anda melihat keluar anda akan melihat angkasa lepas yang dipaparkan pada skrin LCD.

Penumpang juga boleh bermain permainan video yang dikawal megggunakan kayu ria. Star Fighter tour mempunyai beberapa pakej seperti melawat Tsukuba Space Center dan National Museum of Emerging Science and Innovation. Jadi perjalanan ke muzium angkasa lepas ini pastinya lebih seronok dengan menaiki bas yang memberikan ilusi anda mengembara di dalam kapal angkasa!

Tambang menaiki Star Fighter Tour ialah diantara RM 73 sehingga RM 254 seorang bergantung kepada destinasi yang dipilih anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)