Rabu, Julai 07, 2010

CILI PALING PEDAS DI DUNIA



Tahukah anda cili yang paling pedas di dunia? Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”. Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu.. Cili ini juga telah diisytiharkan di dalam Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.



Tahukah anda, bagaimana kadar pedas diukur? Biarlah saya beri jawapan. Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 - 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika, Wilbur Scoville.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)