Jumaat, November 09, 2012

AIDS - BUKAN HANYA PADA MANUSIA

FIV(Feline immunodeficiency Virus infection)@Filine AIDS


Bagaimana Merawat FIV(Feline Immunodeficiency Virus infection) @ Feline AIDS?

Walaupun kucing yang dijangkiti FIV-positive boleh hidup utk beberapa tahun lagi, anda perlu memaklumkan atau membuat pemeriksaan di klinik veterinar berdekatan utk memastikan adakah benar kucing anda FIV positif.Jika ya, doktor veterinar akan memberikan nasihat utk memberikan rawatan dan penjagaan bagi kucing anda. Stress dan pendedahan dgn kucing lain yang sakit hendaklah dielakkan kerana kucing anda mudah berjangkit dan ia boleh sakit teruk akibat penyakit dari kucing lain(note: sistem keimunan/pertahanan badan kucing FIV positif telah gagal berfungsi ).Kucing yang dijangkiti FIV hendaklah dipelihara indoor utk mengelakkan ia dijangkiti penyakit lain atau ia mengjangkitkan FIV kepada kucing lain.
Tiada ubat khas utk penyakit FIV.walaupun ada ubat antiviral manusia seperti AZT yang berjaya mengurangkan jangkitan tetapi ia mempunyai side effect toksik. Terdapat beberapa ubat seperti alpha interferon manusia yang diberikan secara oral dan bahan yang diekstrak dari aloe iaitu Acemann pernah digunakan tetapi kajian secara klinikal menggunakan bahan2 ini belum pernah dibuat.
Kucing yang dijangkiti FIV hendaklah dirawat berdasarkan tanda-tanda klinikal.Rawatan sokongan seperti pemberian multivitamin, pemberian terapi cecair(fluid therapy) , pemakanan yang baik dan antibiotik boleh diberikan utk mengelakkan jangkitan bakteria kedua. Radiotherapy dan immunotherapy juga boleh dibuat, sekiranya kucing ini menghidap kanser.

 


Bagaimana mengawal dan mencegah FIV?
 
Ujian dan mengesahkan kucing mana terkena FIV adalah satu-satunya cara kita mengawal penyakit ini. walaupun penyakit ini kurang perebakan berbading FeLV(Feline leucemia virus infection), kucing yang positif FIV hendaklah diasingkan dari kucing yang sihat. Kucing yang positif FIV yang hampir mati mempunyai byk virus di dalam air liur nya dan boleh mengjangkiti kucing2 yang sihat.Perlu diingat, FIV tersebar melalui pergaduhan (melalui gigitan) dan kucing dinasihatkan dipelihara dalam kawasan rumah (indoor) utk mengelakkan ini. Kucing juga biasanya akan kurang merayau sekiranya telah dimandulkan.
Satu vaksin keluaran syarikat Fort Dodge, telah diluluskan pada tahun 2002.Tetapi ia tidak melindungi kucing anda 100%, kucing yang telah divaksin akan menunjukkan positif FIV(ini adalah kerana vaksin FIV ialah virus FIV yang telah mati/dilemahkan, dimasukkan dlm kucing supaya tubuh boleh menghasilkan antibodi terhadap FIV).



Sumber:http://www.jpvpp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=305%3Afivfeline-immunodeficiency-virus-infectionfiline-aids&catid=67%3Apvd-timur-laut&Itemid=141&lang=bm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)