Rabu, Mac 16, 2011

PADANG PASIR=OASIS

The Sahara Project ialah sebuah projek yang bakal merubah gurun Sahara menjadi bumi hijau. Ini dilakukan dengan penujuan semula (repurposing) kawasan gurun sebagai kawasan pertanian. Ianya bakal dilakukan dengan menggunakan teknologi rumah hijau dan tenaga solar. Ada beberapa kebaikkan projek Sahara disini. Pertama sekali tidak berlaku kemusnahan hutan untuk membina kawasan pertanian seperti yang berlaku dinegara kita. Sebaliknya kawasan tandus yang terbiar bakal dipenuhi tumbuhan hijau. Oleh kerana projek ini bakal dimulakan di Jordan, terdapat banyak kawasan gurun yang boleh diguna serta bekalan matahari yang konsisten sepanjang tahun.



Keduanya air untuk rumah hijau diambil dari air laut yang dipanaskan menggunakan 100% sistem solar. Penggunaan bahan api fosil adalah minumum. Secara keseulurahannya bekalan makanan untuk keperluan masa depan boleh dihasilakan tanpa meninggalkan impak yang besar terhadap alam sekitar.

Projek ini ialah ilham Michael Pawlyn, Bill Watts dan Charlie Paton. Sebuah kawasan seluas200 000 meter persegi di Aqaba, Jordan telah dipilih sebagai pusat demonstrasi projek ini. Sekiranya berjaya sebidang lagi tanah seluas 2 juta meter persegi telah diperuntukkan bagi projek skala penuh. The Sahara Projek ialah projek usahasama kerajaan Jordan dan Norway. Sekiranya tiada aral melintang ianya bakal beroperasi pada tahun 2012.

Sumber-Inhabitat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)