Selasa, November 16, 2010

KHASIAT KENCING UNTA.. HA?



Seorang pekerja penternakan unta menunjukkan air kencing unta yang akan dijualnya. Kencing unta sekitar 250ml dijual dengan harga 100 riyal atau sekitar RM82.

Selain susu dan dagingnya, kini kencing unta banyak dicari orang. Katanya kencing unta boleh dijadikan ubat pelbagai jenis penyakit. Kencing yang ada khasiat ialah kencing dari unta Badwi yang dipanggil Najeeb.



Hukum minum Air kencing Unta

Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari 2855, Muslim 1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.

Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. (Kitab Zaad al-Ma'aad, 4/47-48).

Ulama berbeza pendapat berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Syeikh 'Izzuddin bin Abdussalam: “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”

Walaubagaimana pun, Jumhur (kebanyakan) fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta.


Sumber:
Kitab Zaad al-Maad, Kitab Sahih Bukhari & Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)