Rabu, Disember 01, 2010

BAKAL DIPASARKAN 2011 (>_<)

Kereta terbang yang heboh dibicarakan akhir tahun lalu, akhirnya mendapat izin terbang dari Persekutuan Pentadbiran Penerbangan (Federal Aviation Administration / FAA) Jabatan Pengangkutan AS. Dengan izin ini, kereta bernama Terrafugia Transition boleh memulakan pengeluaran pada model komersialnya.



Sebelum dijual kepada umum, FAA mengkehendaki beberapa perubahan pada kokpit Terrafugia demi keselamatan pemandu yang juga pilot kereta terbang ini. Selain itu, pengendara kereta ini mesti mempunyai lesen sukan terbang. Pemandu atau pilot boleh mendapatkan lesen ini setelah menjalani 20 jam latihan terbang.



CEO Terrafugia, Carl Dietrich, mengatakan bahawa ini adalah transformasi dalam dunia mobiliti. "Perjalanan sekarang menjadi terintegrasi, mulai dari tanah terus ke udara. Itulah yang diimpikan penyelidik penerbangan sejak tahun 1918," ujarnya.



Rencananya, kereta terbang yang bakal dipasarkan pada 2011 ini akan dijual dengan harga permulaan sekitar USD194,000 dolar atau sekitar RM612,000. Di udara, Terrafugia boleh terbang hingga 115 - 450 batu sejam. Sayap pada kereta terbang ini boleh dilipat sehingga dapat disimpan di dalam garasi standard.



Kereta terbang ini direka untuk lepas landas dan mendarat di lapangan terbang tempatan dan memandu di jalan mana pun. Transformasi dari pesawat ke kereta memakan masa kurang dari 30 saat.



Terrafugia yang bakal ke pasaran nanti akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan tambahan, seperti airbag, pelindung kokpit dan juga penyerap tenaga ruang hampa.

Kereta terbang ini dibangunkan lulusan MIT (Massachusets Institute of Technology). Hingga kini, Terrafugia hanya boleh mengangkut pilot dan seorang penumpang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)