Khamis, Disember 16, 2010

MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA

Di mana anda boleh mendapatkan makanan termahal di dunia? Di Amerika, Perancis, Belanda, atau London? Bukan. Jawapannya ialah di Sri Lanka, salah satu negeri termiskin di dunia. Resor The Fortress di negara itu mendakwa menyediakan makanan termahal di dunia. Harganya mencapai USD14,000 atau sekitar RM43,940 sehidangan.


Anda mau tahu makanannya seperti apa? Makanan itu berupa gula-gula berisi buah yang dihiasi patung nelayan berbahan cokelat dan batu permata raksasa. Pengurus Humas The Fortress Shalini Perera, seperti yg ditulis AP, Selasa (25/09/2010), mengatakan, makanan yang dipanggil The Fortress Stilt Fisherman Indulgence itu diciptakan untuk memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung resort tersebut.


Perera menambah, menu mahal itu harus dipesan pengunjung secara khusus. Dia mengaku, sejauh ini pihaknya telah menerima banyak telefon yang menanyakan makanan tersebut, termasuk telefon dari Jepun. Namun, hingga kini belum ada seorang pun yang mahu menghambur-hamburkan wang untuk mencuba menu mahal itu.


2 ulasan:

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)