Sabtu, Disember 11, 2010

KAYUH BASIKAL KE MEKAH

Nathim Cairncross (28) dan Imtiyaz Ahmad Haron (25) dari Cape Town Afrika Selatan, berbasikal dari rumah mereka ke Kota Mekah. Secara total mereka berkayuh selama 9 bulan merentasi 12 negara dan 2 benua untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini.



Segalanya bermula 7 Febuari yang lalu di Cape Town dan berakhir Oktober lalu, 3 minggu sebelum bermulanya musim haji. Sepanjang perjalanan pelbagai pahit getir mereka tempuhi. Antaranya kerosakan basikan dan masalah bahasa ketika melintasi benua Afrika. Namun begitu mereka bersyukur kerana kemana sahaja mereka pergi, bantuan dari saudara seagama datang mencurah-curah. Apabila tiba disesuatu lokasi mereka pada asalnya becadang untuk tidur di masjid dan surau. Most of the time apabila mereka menceritakan niat mereka, ramai memberikan tempat tinggal dan makanan kepada mereka secara percuma! Urusan visa dan melintasi sempadan negara juga dipermudahkan kerana ramai pihak berwajib cukup kagum dengan apa yang mereka ingin lakukan.


Nathim dan Imtiaz kini sedang menunaikan fardu haji. Selesai musim haji kelak mereka masih tak tahu bagaimana ingin pulang ke tanah air. Pelan asalnya ialah menjual basikal yang ditunggani mereka. Jika korang tersentuh dengan cerita mereka berdua ini dan ingin membantu sila lawati laman FACEBOOK mereka disini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota Kaki

Ingin saya jelaskan bahawa segala kandungan di dalam blog AkuSukaSeni adalah universal dan bukan 100% datang dari idea dan pengetahuan dari saya. Saya banyak mengambilnya dari blog-blog luar atau di mana-mana web yang saya jumpa. Oleh itu, saya tidak kisah jikalau anda semua ingin mengambil segala maklumat di dalam blog ini. Tak perlu tanya lagi ya :)